7 Contoh Makanan Malaysia Yang Anda Boleh Jual di eBay!

Dalam artikel kali ini saya nak kongsikan antara barang-barang makanan yang mungkin anda tak jangka di Ebay pun boleh dijual!
Bukan satu bukan dua.. tapi ada yang sampai dah beratus-ratus unit!
Apa barang tu? Saya selalu di tanya oleh ramai orang nak jual apa kat ebay ni!
Sebenarnya semua barang boleh dijual. Yang penting anda take action!
Jom tengok antara barang yang mudah untuk anda dapat di kedai-kedai runcit atau disekeliling anda.
#1 Jajan/ junk food Super Ring

Nampak tak? Dah lebih 15 unit terjual! Jual Super Ring ni jer dah bagi seller ni sales sebanyak USD 310.50 bersamaan dengan RM 1,387!
Anda pun mesti pernah makan jajan ni kan? Saya pun suka jajan ni… Tapi jangan lupa, mat salleh pun teringin nak makan jajan lejen ni.
So apa lagi? Supply la. Try jual. InsyaAllah ada rezeki, pasti ada pembeli. Orang lain boleh jual kenapa tidak anda?
#2 Tea Boh Cameron

Biasa nampak tak teh ni? 🙂
Berapa harga teh ni? Tak sampai RM 10 kan? Tengok dia jual berapa unit dah? 149 unit dah!
USD 8 + USD 10 = USD 18 x 149 = USD 2,682 = RM 11,988.54!!!
Fuyyooo!! Jual teh Boh Cameron jer dah menyumbang sebanyak RM 12K!!
Nak dengan taknak jer sebenarnya.. Air ni silap-silap hari-hari anda minum….
Tapi janganlah minum jer. Jual lah sekali. At least menyumbang jugak pendapatan ekonomi diri anda waktu tengah gawat ni kan.
#3 Mee Maggi

Haa tengok mee Maggi pun boleh jual! Harga kapak pulak tuh. Kat sini baru RM 5 jer. Jual mak aih.. USD 15.50!
Dah 7 unit terjual pulak tu! Dah menyumbang sebanyak RM 485 beb!
#4 Gula-gula Hacks

Pergh! Gula-gula Hacks pun boleh jual. 5 paket dah terjual. RM 2 jer kalau tak silap beli kat sini.
Ni jual USD 7.50 sepeket. Memang pandai betul orang malaysia buat untung. Modal RM 2 sepeket. Jual 5 paket dah dapat sales RM 167!
Siapa kata orang Malaysia tak pandai berniaga?
Gula-gula Hacks gula-gula biasa tapi yang jual bukan biasa-biasa! 😀
#5 Jajan Mamee Monster

Haa..ni lagi satu. Jual jajan lagi. Tapi bukan jajan Super Ring. Tapi jajan Mamee Monster pulak.
Saya percaya anda mesti pernah makan or pernah tengok orang makan jajan ni kan?
Berapa harganya? Saya tak ingat dah lama giler tak makan jajan ni. Dulu kecik-kecik makan la.. Berapa dah sales dari jualan jajan ni?
USD 12.79 x 12 x RM 4.47 = RM 686!
Jual jajan jer dah buat sales RM 686!
Kalau dulu waktu kecik-kecik aku tau jajan ni boleh jual kat ebay dari kecik lagi aku dah kaya. hehehe!
#6 Curry Powder

Rempah kari pun boleh jual. 58 unit dah sold. Fuhhh!
USD 2.99 + USD 1.99 = USD 4.99 x 58 x RM4.47 = RM 1,291.
Berapa ringgit jer lah rempah kari Babas ni
Siot. Babas betul..
#7 Old Town White Coffee Hazelnut

Mak aih. Old Town White Coffee pun boleh jual!
USD 19.88 x 130 unit x RM 4.47 =RM 11,552.27 woiiii!
Nampak tak? Malaysia ni sebenarnya kaya dengan sumber makanan yang memang ada jer sambutan di luar negara.
Ni baru sikit! Saya tak larat nak tunjuk semua. Tapi at least lepas ni terbukak lah mata anda untuk belajar menjual di ebay ni.
Kenapa?
Sebab ebay ni jual guna matawang US Dolar. Lepas tu kan. Ebay ni tak payah nak pam buat iklan macam FB Ads. Tak payah nak mengayat suruh orang beli bagai. (So sangat sesuai bagi anda yang malas nak follow up prospek untuk beli produk anda)
Kerja anda cuma buat iklan lepas tu tido or jalan-jalan sampailah barang anda orang beli.
Dah ada orang beli pergilah post. Jangan scam orang pulak. :p
Sekian.
*Kredit: Perkongsian di atas adalah ditulis oleh Tuan Zul Ariffin, penulis ebook Panduan eBay Intelligence
Ebook Panduan eBay Intelligence
Apa yang diterangkan di atas adalah sebahagian kecil sahaja daripada apa yang dikongsikan oleh Tuan Zul Ariffin dalam ebook Panduan eBay Intelligence beliau.
Di dalam ebook tersebut, beliau ada kongsikan pelbagai cara jalankan kajian untuk anda kenalpasti produk HOT yang sesuai untuk anda jualkan di Ebay.
Dah jumpa produk HOT dan TRENDING, memang mudah nak jana pendapatan lumayan di eBay!
Jika anda berminat untuk belajar lebih lanjut, saya sangat sarankan agar anda dapatkan ebook yang Tuan Zul hasilkan ini.
Jom dapatkan ebook ini sekarang!

Untuk menempah, sila klik butang di bawah dan pilih pakej yang anda ingini
Sila Klik Di Sini Untuk Tempah Sekarang >>
Untuk baca review berkenaan ebook ini, klik di sini sekarang: