Perkara Asas Yang New Seller Perlu Belajar Untuk Mula Bisnes Ebay

Saya mendapat banyak soalan terutamanya dari new seller yang masih belum faham macam mana proses jualan boleh terjadi di ebay. Ini antara soalan yang sering ditanya:
- Bagaimana hendak bermula untuk menjual di ebay?
- Berapa modal permulaan untuk berniaga di ebay?
- Jika tak mahir berbahasa Inggeris, boleh ke berniaga di ebay?
..dan banyak lagi soalan-soalan berkaitan bisnes di ebay.
Baiklah, jadi saya harap artikel kali ini membantu para pembaca yang masih baru nak menceburkan diri berbisnes di ebay supaya dapat faham dengan jelas macam mana nak bermula.
5 Perkara Asas Sebelum Berniaga di Ebay

Untuk memulakan bisnes di ebay, anda perlu ada 5 perkara asas seperti di bawah:
#1 Laptop
Ini perkara paling asas yang perlu ada. Cukup dengan laptop yang murah-murah je pun dah boleh, yang penting ada Internet browser seperti Google Chrome dan Mozilla Firefox. Saya lebih galakkan guna Mozilla Firefox sebabnya ianya lebih stabil.
Kedua, saya lebih suka guna sistem operasi Windows 7 sebabnya ianya stabil dan boleh create banyak user windows.
Tetapi, takde masalah jika anda guna Google Chrome dan Windows 7 ke atas. Yang penting anda ada laptop yg boleh buat kerja untuk berniaga di ebay. Windows 8, Windows 10 pun masih boleh create multiple user windows untuk sesiapa yang ada banyak akaun ebay.
Untuk anda yang masih baru nak berjinak-jinak dengan ebay, cukup ada 1 akaun sahaja dulu. Kalau terus create akaun banyak-banyak, takut nanti pening kepala. Steady, jangan gelojoh.
#2 Internet
Dah ada laptop, mesti kena ada internet. Untuk pemain ebay yang menggunakan multiple akaun ebay, saya sarankan untuk menggunakan internet broadband/ hotspot daripada handphone.
Saya tak galakkan untuk guna internet stremyx dan unifi atau internet public. Sebabnya, ianya berisiko untuk anda bercampur dengan IP address yang sama pada akaun ebay orang lain.
Jika anda yakin memang internet streamyx di rumah atau public tu takde orang connect ebay selain diri anda sendiri, ya boleh digunakan. Dipersilakan.
#3 Kad debit / kad kredit
Di ebay, perkara ketiga yang perlu anda ada adalah kad debit/kad kredit. Untuk kad debit, boleh gunakan apa-apa sahaja kad asalkan kad tersebut ada logo MasterCard/Visa.
Kad ini penting untuk anda daftar di PayPal untuk withdraw duit dari ebay ke akaun bank anda. Dan tujuan kedua adalah untuk anda bayar seller fees di ebay apabila mendapat jualan di ebay nanti.
#4 Simkad
Perkara keempat yang wajib anda ada ialah simkad untuk daftar nombor handphone anda di ebay dan PayPal. Ebay dan paypal kadang-kadang akan hantar kod atau call untuk pengesahan identiti diri anda. So, new seller yang nak berniaga di ebay wajib ada nombor handphone.
#5 Modal pusingan
Perkara paling best berniaga di ebay adalah tiada sebarang kos marketing dikeluarkan. Ini kerana kita akan menggunakan sepenuhnya trafik sedia ada yang terdapat di website ebay. Untuk pengetahuan anda, di ebay trafik sangat-sangat tinggi dan conversion juga sangat tinggi
Jika anda mendapat 10 view sahaja, sudah cukup untuk membuatkan barang anda terjual di ebay. Trafik yang ada di ebay adalah berkualiti, kebanyakkannya adalah orang yang memang dah sedia untuk membeli. Bukan seperti di facebook, yang memerlukan kita buat iklan dan ayat copywriting untuk hasilkan jualan.
Modal yang perlu anda ada untuk mulakan bisnes ebay adalah subjektif, bergantung kepada jenis barang yang anda jual. Sebenarnya, modal utama untuk berjaya dengan ebaya adalah “knowledge”
Modal kedua sebagai permulaan cukup dengan dalam lingkungan RM50 ke RM500 sahaja. Sebab untuk akaun ebay yang masih baru, yang tidak ada sejarah pernah menjual barang lagi, ebay akan hold duit anda yang masuk ke dalam PayPal anda.
Jadi, anda perlu dahulukan duit untuk bayar barang yang anda jual kepada supplier dropship anda.
Pastikan jika anda new player yang bermain multiple akaun, simkad dan kad debit tak boleh berkongsi dengan akaun-akaun ebay anda yang lain.
Apa yang perlu dibuat selepas dah ada 5 perkara di atas?
#1 Create akaun Gmail
Sebelum nak daftar di ebay, anda perlu ada akaun emel yang baru. Saya galakkan gunakan Gmail sebabnya ianya mudah. Selain daripada Gmail, Yahoo Mail pun boleh. Takde masalah. Yang penting, anda gunakan akaun emel yang awam, bukan dari company anda bekerja atau tempat belajar anda.
Nanti dah habis belajar atau dah tak kerja ianya susah pada masa akan datang.
#2 Daftar akaun di ebay.com.my

Dah ada emel, anda perlu daftar di ebay.com.my untuk buat akaun menggunakan emel yang baru anda create di step pertama. Kenapa kena daftar di ebay.com.my?
Kalau daftar di ebay.com tak boleh ke?
Walaupun anda daftar di ebay.com, jika IP address anda (broadband) yang digunakan adalah server dari Malaysia, anda tetap akan redirect ke ebay malaysia.
Nanti dah ada akaun ebay Malaysia, nak menjual di ebay.com (USA), log in je gunakan ebay ID / emel anda daftar tu di ebay.com
#3 Create akaun PayPal

Ini langkah ketiga yang perlu anda buat sebelum berniaga di ebay. Anda wajib ada akaun PayPal untuk membuat transaksi jual dan beli di platform ebay. Semasa sign up akaun paypal, cukup hanya dengan memilih “Buy with Paypal” untuk ada akaun paypal yang basic.
Akaun jenis ini sudah cukup untuk anda memulakan bisnes ebay dari rumah sahaja.
#4 Link akaun ebay & PayPal
Setelah selesai daftar akaun ebay dan paypal, anda perlu linkkan kedua-dua akaun ebay dan paypal anda yang baru create tadi.
Selesai hubungkan kedua-dua akaun, barulah anda boleh menggunakan akaun ebay anda untuk berniaga dan paypal untuk menerima wang bayaran atas setiap jualan yang berjaya anda buat di ebay.
#5 Verify akaun paypal dan update seller fees (create ebay seller account)
Langkah seterusnya, anda perlu verify akaun paypal anda. Nak verify akaun PayPal ada 2 cara:
- Submit document yang diperlukan ke paypal
- Tolak RM10 dari akaun bank masuk ke dalam akaun paypal anda
Saya sarankan guna cara ke-2 kerana lebih mudah.
Selepas selesai verify PayPal, anda perlu create ebay seller account dengan cara pergi ke akaun ebay anda dan update automatic ebay seller fees.
Selepas selesai ke dua-dua perkara ini, baru anda boleh memulakan bisnes di ebay
Nota :
- Verify PayPal : Caj RM10
- Update ebay seller fees : Caj RM3
- Pastikan dah buat activation of international online purchase
- Dah “Activate overseas purchase”
- Anda boleh update di atm machine/ online bank in / call customer service bank
Baiklah, semua perkara di atas adalah yang paling asas untuk anda mulakan bisnes di ebay. Anda perlu melakukan kesemua perkara di atas. Selepas itu, baru anda boleh memulakan bisnes di ebay.
Selepas buat perkara-perkara asas, masih banyak lagi yang perlu anda belajar, terutamanya topik berkaitan:
- Bagaimana nak buat kajian produk hot
- Bagaimana nak cari supplier
- Bagaimana nak buat iklan di ebay secara optimize
…dan banyak lagi.
Tak tahu nak belajar kat mana? Jangan risau, baca sahaja Panduan eBay Intelligence
Bila waktu terbaik untuk mulakan bisnes ebay?
Waktu terbaik adalah 10 tahun dahulu. tapi mustahil untuk anda undurkan masa
Waktu kedua terbaik untuk memulakan bisnes di ebay, adalah sekarang!
Jadi, 5 tahun, 10 tahun akan datang anda tidak akan menyesal lagi sebab telah memulakan langkah membina bisnes di ebay pada waktu sekarang!
Saya taknak terlalu mengaburi mata anda dengan duit. Sebabnya tujuan artikel saya ini adalah untuk berkongsi ilmu dan memberi kesedaran kepada anda tentang peri pentingnya kita perlu ada bisnes sendiri.
Dengan gaji yang tak naik-naik, dengan kos sara hidup yg semakin meningkat setiap bulan, dengan hutang yang tak habis-habis lagi nak bayar, agak mustahil untuk anda dapat selesaikan semua masalah ini dalam masa 2 tahun-5 tahun kecuali anda jadi boss untuk diri anda sendiri, generate sendiri berapa gaji yang anda nak setiap bulan, tentukan sendiri berapa income yang perlu anda dapat tiap-tiap bulan.
Senang kata, anda perlu jadi BOSS.
Ini adalah antara akaun ebay yang dah lama saya tinggal tanpa perlu untuk saya monitor setiap hari. Walaupun begitu, akaun ini masih memberikan pendapatan kepada saya setiap bulan. Walaupun tak banyak, tapi cukup untuk tampung kehidupan saya sebagai seorang pelajar dan cukuplah untuk buktikan yang apa yang saya ajar ini adalah real dan proven case study.
Bukan saya reka-reka cerita atau omong-omong kosong.

Apa yang saya ceritakan dalam artikel ini dan artikel-artikel sebelum ini adalah sepenuhnya proven case study untuk anda pun turut belajar,
Jika anda ada modal, kat bisnes mana yang perlu anda laburkan??
Jawapannya adalah dekat diri sendiri! Belajar mencari ilmu. Dengan ilmu hidup anda akan jadi lebih baik dari semalam. Dengan ilmu juga akan meningkatkan kualiti hidup anda, skill anda, dan skill mencari duit anda,
Jika saya boleh, anda pun boleh, sesiapa pun boleh. Tidak ada apa-apa perbezaan antara kita.
Saya cabar diri anda, untuk buktikan tahun ini adalah tahun untuk anda memulakan bisnes online ebay anda.
Only sky is the limit!
Saya harap apa yang saya kongsikan dalam artikel ini akan membuka minda dan memberikan sedikit inspirasi untuk bantu anda tambah pendapatan sampingan.
Jika anda nak belajar bagaimana nak hasilkan duit online secara separuh masa/sepenuh masa dengan modal yang sangat-sangat rendah, ebay adalah jawapannya!
Jika anda nak belajar ilmu ebay secara proven case study yang lebih lengkap, saya sarankan untuk dapatkan ebook panduan ebay di sini:
>> Panduan eBay Intelligence <<
(Boleh baca review Panduan eBay Intelligence di sini)
*Kredit: Perkongsian di atas adalah ditulis oleh Tuan Zul Ariffin, penulis ebook Panduan eBay Intelligence
Ebook Panduan eBay Intelligence
Apa yang diterangkan di atas adalah sebahagian kecil sahaja daripada apa yang dikongsikan oleh Tuan Zul Ariffin dalam ebook Panduan eBay Intelligence beliau.
Di dalam ebook tersebut, beliau tunjukkan langkah-demi-langkah yang lengkap bagaimana untuk mulakan bisnes di Ebay.
Beliau juga ada kongsikan pelbagai cara jalankan kajian untuk anda kenalpasti produk HOT yang sesuai untuk anda jualkan di Ebay.
Dah jumpa produk HOT dan TRENDING, memang mudah nak jana pendapatan lumayan di eBay!
Jika anda berminat untuk belajar lebih lanjut, saya sangat sarankan agar anda dapatkan ebook yang Tuan Zul hasilkan ini.
Jom dapatkan ebook ini sekarang!

Untuk menempah, sila klik butang di bawah dan pilih pakej yang anda ingini
Sila Klik Di Sini Untuk Tempah Sekarang >>
Untuk baca review berkenaan ebook ini, klik di sini sekarang: